Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Berdasarkan beberapa informasi penduduk setempat, pada zaman dahulu terdapat sebuah jambatan kecil yang menghubungkan dua buah kampung iaitu Kampung Gong Chokah dan Kampung Sungai Petai (kini). Di mana terdapat beberapa batang pokok petai yang tumbuh dan berbuah lebat di seberang sungai tersebut. Sekiranya penduduk ingin ke kampung sebelah, pokok-pokok petai di seberang sungai itu dijadikan tanda utama kampung tersebut. Sejak daripada itu, kampung seberang sungai tersebut dikenali sebagai Kampung Sungai Petai.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Pertandingan Kuiz ‘DIGI CYBERSAFE’

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2016

Kuiz ini diadakan bertujuan untuk menguji kemampuan peserta berfikir dan memupuk sikap berdaya saing antara peserta...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Pertandingan Teka Silang Kata

Aktiviti Terkini | 30 November 2016

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menguji kemampuan peserta berfikir dan memupuk sikap berdaya saing antara peserta...baca selanjutnya

Pertandingan 'Fast Typing'

Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2016

Pertandingan ini menguji kemampuan peserta menaip dengan pantas. Pertandingan ini meningkatkan kemahiran para peserta menggunakan Microsoft Office Word 2010 dan ia juga memupuk sikap berdaya saing antara peserta...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 30 September 2016

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sempena Hari Malaysia untuk memupuk semangat sayangkan negara Malaysia dalam kalangan kanak-kanak...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2016

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar pra sekolah SK Sg Petai....baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PI1M SG.PETAI

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2016

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PI1M Sg.Petai. Majlis ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan erat sesama ahli dalam komuniti &...baca selanjutnya

PERTANDINGAN CIPTA POSTER RAYA

Aktiviti Terkini | 25 Jun 2016

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan Pertandingan Merekacipta Poster Hari Raya. Para peserta menggunakan Microsoft Word 2010. Berlangsung di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai...baca selanjutnya

PERTANDINGAN TUTOR UPSR

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2016

Dalam pertandingan ini peserta menggunakan Microsoft Office Word 2010. Berlangsung di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai dan melibatkan penggunaan 10 buah komputer...baca selanjutnya

PERTANDINGAN SLIDE POWER POINT

Aktiviti Terkini | 26 April 2016

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Slide Power Point. Dalam pertandingan ini, peserta menggunakan Microsoft Office Power Point 2010...baca selanjutnya

PERTANDINGAN LETTER WRITING

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2016

Dalam pertandingan ini peserta menggunakan Microsoft Office Word 2010. Berlangsung di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Petai dan melibatkan penggunaan 10 buah komputer...baca selanjutnya

FAST TYPING

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2016

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan pertandingan Fast Typing. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar dari sekolah sekitar....baca selanjutnya

GOTONG ROYONG BERSAMA AHLI PI1M

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2016

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Sungai Petai telah mengadakan aktiviti Gotong Royong bersama Ahli PI1M. Para peserta adalah terdiri daripada pelajar dari sekolah sekitar....baca selanjutnya