Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan beberapa informasi penduduk setempat, pada zaman dahulu terdapat sebuah jambatan kecil yang menghubungkan dua buah kampung iaitu Kampung Gong Chokah dan Kampung Sungai Petai (kini). Di mana terdapat beberapa batang pokok petai yang tumbuh dan berbuah lebat di seberang sungai tersebut. Sekiranya penduduk ingin ke kampung sebelah, pokok-pokok petai di seberang sungai itu dijadikan tanda utama kampung tersebut. Sejak daripada itu, kampung seberang sungai tersebut dikenali sebagai Kampung Sungai Petai.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROMOSI EDARAN FLYERS VIVO Y53

Aktiviti Terkini | Sepanjang Oktober 2018

Flyers diedarkan kepada masyarakat tidak mengira bangsa umur dan jantina. Pelanggan yang berminat boleh menempah secara lansung atau ke Pusat Internet Sungai Petai....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 09 September 2018

Program sambutan sempena bulan kemerdekaan ini dilakukan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan para pelajar. Program ini dilaksanakan di Sek Keb. Sg Petai dengan penyertaan seramai 200 orang pelajar, staff Pusat Internet, serta guru-guru Sek Keb. Sg Petai...baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing. ...baca selanjutnya

PROGRAM FLUFFY SHEEP & ONLINE COLOURING BERSAMA TABIKA NURUL HIKMAH KG SG.PETAI

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2018

Program Fluffy Sheep & Online Colouring ini diadakan di Tabika Nurul Hikmah Kg Sg.Petai yang melibatkan keseluruhan pelajar dan tenaga kerja Tabika Nurul Hikmah iaitu iaitu seramai 20 orang....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Majlis ini memberi ruang kepada semua ahli berkongsi kegembiraan suasana hari raya dalam semua peringkat....baca selanjutnya

PROGRAM IHYA RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Program Ihya Ramadhan ini dijalan sempena bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan rasanya tidak lengkap jika tiada masakkan bubur lambuk dan agihan bubur lambuk. Dengan itu, Pusat Internet dan Kumpulan Rukun Tetangga Kg Sg.Petai ambil langkah berkerjasama menyambung tradisi dengan memasak dan mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Kg Sg.Petai...baca selanjutnya

PROGRAM LET’S MAKE UP LET’S CANTIK

Aktiviti Terkini | 20 April 2018

Program ini diadakan bertujuan berkongsi tentang cara menjaga kecantikkan kepada suri rumah. Tiada alasan kepada suri rumah untuk tidak menjaga kecantikan dengan beranggapan bersolek itu adalah untuk mereka yang bekerja sahaja....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M SUNGAI PETAI

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI FIESTA AKOK BERSAMA MCMC

Aktiviti Terkini | 09 - 10 Februari 2018

Program ini disertai oleh ribuan pengunjung ke program tersebut yang melibatkan VIP Dato Khairi Jamaludin, Dato Asyraf Wajdi, Dato Hj Zawawi dan VIP yang lain....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MSU COLLEGE KOTA BHARU

Aktiviti Terkini | 02 Januari 2018

Program Advokasi ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar IPTS mengenai Program Klik Dengan Bijak dengan lebih dekat lagi dan untuk mengeratkan hubungan pihak MSU dengan Pusat Internet 1Malaysia....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti